PeLaNgGaNsiPeNgHuNi

Tuesday, 9 October 2012

sukarnya mencari KAWAN yang bernama SAHABAT....

Assalamualaikum....

Bukan mudah untuk naik pangkat menjadi sahabat....banyak yang perlu dilalui....banyak yang perlu ditempuhi....banyak masa yang perlu dikorbankan....mental dan fizikal harus selari kekuatannya...menghadapi karenah seseorang bukannya mudah....bertahan dengan kata-kata yang tajam umpama pedang juga memerlukan kekuatan yang luar biasa kerana manusia selalunya tidak sedar akan kata-kata yang dihamburkan. Bukan salah mereka....setiap manusia punya kelemahan....itu cabaran yang perlukan kekuatan mental bagi menghadapinya.



Masih ingat sewaktu kita kecil?? Dalam masa tidak sampai 5 minit, kita sudah mencipta satu hubungan dengan seseorang....mudah kan? tanpa memikirkan latar belakangnya, personalitinya....sewaktu kecil, hati kita masih bersih....jauh dari prasangka buruk terhadap orang...namun apabila sudah mencapai umur yang sepatutnya, masing-masing punya mentaliti, personaliti, dan penilaian yang tersendiri....kawan...teman...perlu punya kriteria yang ditetapkan....TETAPI sahabat?? cukup sekadar terima kita seadanya...buruk kita bukan masalah baginya...baik kita kelebihan buatnya.....berkongsi susah dan menumpang senang...merekalah sahabat. Tiada istilah 'KAWAN LAMA'....'KAWAN BARU'....hubungan itu tidak boleh di'renew'....tempoh hubungan itu ialah selamanya.





Aku bukanlah kawan yang baik....namun sangat bersyukur kerana masih terdapat hamba Allah yang sudi mengakuiku SAHABAT....sangat susah mencari sahabat....dan sangat susah mencipta satu hubungan persahabatan yang laen apabila terpisah dengan sahabat-sahabat sedia ada. Kekuatan mental sangat diperlukan...apabila diri dilanda dilemma kerana kini berada dalam satu komuniti yang lebih besar dan luas berbanding dahulu. Diri terasa kerdil...lemah...ramai yang mengambil kesempatan atas persepsi awal yang ditunjukkan....tiada usaha sedikit pun untuk lebih mengenali....mereka hidup dalam lingkungan mereka sendiri...punya 'standard' tersendiri. Terasa diri tidak selesa menjadi diri sendiri.....seperti dipaksa menjadi hipokrit....palsu! Namun....Allah itu maha adil.....sedar bahawa diri bagai terpesong menjadi orang lain....DIA kurniakan mereka yang memahami....mereka yang rendah diri....ALHAMDULILLAH.....terima kasih Ya Allah....sahabat yang sedia ada tetap di hati....kerana mereka tidak pernah pergi....sentiasa ada apabila diperlukan. TERIMA KASIH SAHABAT....












*sigadisrumahkedai*

No comments:

Post a Comment