PeLaNgGaNsiPeNgHuNi

Tuesday 28 August 2012

jari menari menjadi tinta saat hati dilanda resahhhh...

Bermula pada umur 13 tahun...pada suatu pagi, sementara menunggu loceng tanda waktu persekolahan bermula, mata mula mencari kehijauan sebagai penenang penglihatan. Tiba-tiba...pandangan pertama langsung terpaku pada satu susuk yang dipandang secara tidak sengaja....lamaaa.....sehingga hilang susuk tubuh itu dari pandangan. "Apa tuuu??" hati mula tertanya-tanya tanda tertarik. Keesokannya.....perkara yang sama diulang...di tempat dan waktu yang sama...juga pada susuk yang sama....fokus hanya satu....DIA. Lama-kelamaan....tabiat tersebut menjadi kebiasaan.

Semakin lama...hati semakin sayang...tumbuh mekar tahun demi tahun....pelbagai kenangan dicipta...pahit manis dilalui bersama. Kebiasaan menjadi keselesaan...ketiadaan menjadi kehilangan...tak pernah ada amarah yang parah...tak pernah ada rajuk yang harus dipujuk...kepercayaan menjadi baja....kejujuran menjadi akar..kekurangan dan kelebihan menjadi pelengkap...rasa dihati tak perlu diucap. Saling menyokong dan memahami umpama maksud nama...badai datang dihadapi tenang. Tak pernah menyangka akan melalui pelbagai tahap bersama-sama....pelbagai perasaan pernah dirasai...berkongsi rasa memang sesuatu yang indah. 

Masing-masing kian meningkat dewasa....dari umur belasan tahun....kini mencecah 20-an. Kematangan mula menjengah diri...kebiasaan tidak lagi menjadi keutamaan....kini komitmen diri, keluarga dan masa depan yang menjadi keutamaan. Terlalu banyak cabaran masa depan yang harus ditempuhi....soal hati dan perasaan kadang ditolak tepi....dipandang sepi. Memahami kondisi dan situasi membuatkan diri turut berasa yang sama...lantas...aliran perjalanan kehidupan seharian kian berubah hari demi hari....belajar...bekerja...ibu...ayah...adik2....kawan2...SEMPIT....semakin tiada ruang. Hati pula mula ingin berputus asa kerna diri bagai x dianggap...wahai hati....bertahan....cuba menjadi seorang yang memahami....sesuatu perlu dipertahankan agar tidak tersungkur menyembah bumi.





Kini...diri mula serasi dengan situasi...tiada lagi kata mesra...jarang sekali laungan telefon...masa tertentu saja berpesanan. Masih bersyukur kerna sentiasa diingati....tak pernah timbul wasangka buruk kerna kepercayaan terpasak teguh. Namun...hati mana yang tak sunyi jika sering ditinggalkan...bagaimanapun, hati masih degil untuk memahami situasi...ternyata...hati tidak salah berdegil...cahaya yang kian malap bersinar kembali...motivasi diri tentang masa depan banyak membuka mata....ternyata, arah dan tujuan kita masih sama...syukur....

Ramai hamba Allah yang mempertikaikan kita...namun, selagi tiang kepercayaan masih teguh, insyaAllah....baik hasilnya.  

"saya akan lepaskan awak kalau org tu lebih baik dan lebih berkemampuan and dapat menjamin masa depan awak lebih baik daripada saya"
*pesanannya akanku ingat...


*sigadisrumahkedai*