Ku lalui suatu malam yang penuh dengan persepsi...apabila seorang penghidap INSOMNIA TAHAP KRONIK menghulurkan salam perbualan. Perbualan bermula tentang diri masing-masing yang kian meningkat remaja...kisah demi kisah terungkap....dengan rela hati kisah diri diungkap...bukan paksaan. Pengalaman hidup yang baru mencecah 20 tahun menjadikan siapa DIA hari ini.....mempunyai keperibadian yang tersendiri menyebabkan persepsinya terhadap hubungan berbeza dengan orang laen. Malam yang penuh dengan kedemokrasian berpersepsi membuatkan kami banyak berkongsi.
Kerancakan perbualan mula menunjukkan kami mula mengenali walau pada hakikatnya kami sudah mengenali antara satu sama lain hampir 10 tahun. Seakan baru berkenalan, tabiat aneh dalam diri kian menonjol....kami serupa...hahaha. Tika dinihari mula menjengah, satu permainan diwujudkannya bagi mencabar diri sekaligus mengisi senggangya waktu...
Permainan dimulakan olehnya....
" dia entah siapa2,
muncul tak kuseru,
datang tak kuminta,
dengan sesenangnya memanggil makhluk aneh.
mengaku teman ketika kecil,
katanya aku yang terawal dalam misi,
langsung tak ku peduli,
kerna di bawah awan dinihari,
dia teman ketika kecil yang sangat kusenangi."
My turn.....
" hadirnya kadang tak terduga..
sentiasa tepat pada masa..
seperti tahu apa yang ku rasa..
sentiasa ada tiap ketika..
teman yang dulu seperti tak dianggap kini penghias senggangku..
lama terpisah terserlah matangnya fikiran..
ranjau hidup diredah dengan hati waja..
semakin lama,semakinku mengenalinya.."
sentiasa tepat pada masa..
seperti tahu apa yang ku rasa..
sentiasa ada tiap ketika..
teman yang dulu seperti tak dianggap kini penghias senggangku..
lama terpisah terserlah matangnya fikiran..
ranjau hidup diredah dengan hati waja..
semakin lama,semakinku mengenalinya.."
Turn dia.....
" biarkan semalam tinggal sepi,
biarkan realiti menjadi mimpi,
kerna rahsia yang tersembunyi,
tetap tersingkap bila tiba hari,
malam yang pekat gelap,
menyanyi lagu senandung mimpi,
biarkan malam terus pergi,
dengan aksara lagu kami, "
biarkan realiti menjadi mimpi,
kerna rahsia yang tersembunyi,
tetap tersingkap bila tiba hari,
malam yang pekat gelap,
menyanyi lagu senandung mimpi,
biarkan malam terus pergi,
dengan aksara lagu kami, "
My turn......
" bukan mudah untuk memahami..
bukan senang untuk mendalami..
hati yang berkecamuk..
hati yang terguris..
hati yang terhiris..
namun,mentaliti yang hampir serupa memudahkan segalanya.
dia aneh...dia unik..
tiada siapa sepertinya..
sentiasa mencari siapa yang memahaminya..
sentiasa cuba untuk memahami temannya..
kita bertemu tika dinihari..
org lain sedang lena diulit mimpi..
kita dengan pelbagai persepsi..
tentang itu dan ini..."
bukan senang untuk mendalami..
hati yang berkecamuk..
hati yang terguris..
hati yang terhiris..
namun,mentaliti yang hampir serupa memudahkan segalanya.
dia aneh...dia unik..
tiada siapa sepertinya..
sentiasa mencari siapa yang memahaminya..
sentiasa cuba untuk memahami temannya..
kita bertemu tika dinihari..
org lain sedang lena diulit mimpi..
kita dengan pelbagai persepsi..
tentang itu dan ini..."
Turn dia.....
" dulu lagi sudah ku cari,
dari satu hujung,
ke hujung yang lain,
boneka, peluru, dan senda mereka hampir membunuhku,
bagai keris usang di sisip pinggang panglima silam,
malam muncul menyelamatku,
bagai bulan di atas kota kecilku,
malam selamatkan aku sekali lagi,
memunculkan yang selami ini ku cari, "
dari satu hujung,
ke hujung yang lain,
boneka, peluru, dan senda mereka hampir membunuhku,
bagai keris usang di sisip pinggang panglima silam,
malam muncul menyelamatku,
bagai bulan di atas kota kecilku,
malam selamatkan aku sekali lagi,
memunculkan yang selami ini ku cari, "
My turn......
" tika unggas berlagu sepi..
malam kelam tiada rembulan..
angin malam menyapa lembut..
damai terasa hati nan lara..
pengalaman membezakan persepsi..
sedar fantasi tidak bisa menggapai realiti..
mimpi indah diulit sepi..
tika hati disapa rasa misteri..
kadang sentiasa dalam dunia sendiri..
dunia yang tercipta dihias dengan pelbagai adegan..
dunianya tiada siapa bisa ceroboh..
tiada siapa bisa dalami..
hanya yang teristimewa dijemput hadir..."
malam kelam tiada rembulan..
angin malam menyapa lembut..
damai terasa hati nan lara..
pengalaman membezakan persepsi..
sedar fantasi tidak bisa menggapai realiti..
mimpi indah diulit sepi..
tika hati disapa rasa misteri..
kadang sentiasa dalam dunia sendiri..
dunia yang tercipta dihias dengan pelbagai adegan..
dunianya tiada siapa bisa ceroboh..
tiada siapa bisa dalami..
hanya yang teristimewa dijemput hadir..."
Turn dia......
" kalau aneh itu emas,
kalau unik itu intan,
maka aku manusia paling beruntung,
pakaiku putera rupawan,
senyumku tewas perawan,
dunia bukan sebuah puisi,
bulan, bintang muncul cuma penyeri,
penyedap bunyi biar leleh hati permaisuri,
kalau kau sedar kawanku,
kau sebenarnya sendiri,
mungkin hari ini aku disini,
esok lusa, tak siapa pernah peduli...."
kalau unik itu intan,
maka aku manusia paling beruntung,
pakaiku putera rupawan,
senyumku tewas perawan,
dunia bukan sebuah puisi,
bulan, bintang muncul cuma penyeri,
penyedap bunyi biar leleh hati permaisuri,
kalau kau sedar kawanku,
kau sebenarnya sendiri,
mungkin hari ini aku disini,
esok lusa, tak siapa pernah peduli...."
My turn......
" aku bukanlah seorang psychologist yang merawat hati..
aku hanya ingin memahami..
aku hanya ingin menyelami..
jiwa yang kurasakan unik..
menarik aku untuk mendekatkan diri..
jangan pernah takut dengan bayang2 sendiri..
jangan pernah menghindar dari yang namanya realiti..
kau sendiri punya rasa hati..
fikiran yang sungguh luar biasa yang tuhan beri..
gunakanlah sebaiknya untuk diri sendiri..
manusia tidak pernah sendiri kawanku..
akan ada yang sentiasa menemani..
saat kau lemas,ada yang menggapai..
saat kau jatuh,ada yang hulurkan tangan..
penerimaan diri terhadap orang sekeliling jangan cuba dihalang..
terima dengan seadanya saat memerlukan seorang teman..."
aku hanya ingin memahami..
aku hanya ingin menyelami..
jiwa yang kurasakan unik..
menarik aku untuk mendekatkan diri..
jangan pernah takut dengan bayang2 sendiri..
jangan pernah menghindar dari yang namanya realiti..
kau sendiri punya rasa hati..
fikiran yang sungguh luar biasa yang tuhan beri..
gunakanlah sebaiknya untuk diri sendiri..
manusia tidak pernah sendiri kawanku..
akan ada yang sentiasa menemani..
saat kau lemas,ada yang menggapai..
saat kau jatuh,ada yang hulurkan tangan..
penerimaan diri terhadap orang sekeliling jangan cuba dihalang..
terima dengan seadanya saat memerlukan seorang teman..."
Digelar sebagai 'quick poem' ....silih berganti memerah minda membungakan ayat....masing-masing tidak beralah....akhirnya akulah penutup bicara. Suatu kepuasan yang luar biasa terasa kerana melakukan sesuatu yang tidak biasa....malam yang freak but enticing akan sentiasa menjadi memori indah dalam senarai malam-malam yang luar biasa.
*TERIMA KASIH KAWAN*
*sigadisrumahkedai*
OK orang sastera je boleh main game ni. haha freak, but enticing !
ReplyDeletekecik...game ni spontan weyhh...haha. btol kn ayt aku CIKGU ENGLISH??HUHU
ReplyDeletehaha.. aku baca ni hari ni.. tetibe rasa nak gelak plak..
ReplyDeleteteka aku siapa? si gadis dengan lagu tema?????????