PeLaNgGaNsiPeNgHuNi

Saturday 26 October 2013

PENGUBAT LELAH MEWARNA HATI

Kala hidup dibelenggu hiruk pikuk ragam manusia
Kala bumi silau dek sinar sang suria
Kala keringat menjadi sahabat
Kala fikiran berbaur kacau
Aku cuba bertahan
Aku teruskan langkah
Aku endahkan keringat
Melangkah ke gedung yang sarat ilmu...

Di penghujung hari

Keluhan terdengar kala lelah menjengah
Aku letih!
Tertekan dengan segala ragam alam penuntut...

Dalam haru biru perjalananku di sini

Ketenanganku engkau
pengubatku engkau
Penghiburku engkau...

Enkau buatkanku sayang

Engkau buatku damba
Engkau kuinginkan sentiasa di sisi
Engkau kurindukan...

Hilang letih lelah dengan tawamu

Pergi tekanan dengan sendamu
Bagai angin lembut datang menyapa bahangnya terik suria
Kau sentuh jiwaku
Hangatkan hatiku...

Kau bagai pelangi yang muncul selepas bumi dibasahi hujan

Keindahan warnamu memukauku
Keasyikan memandangmu hilang resah gelisahku
Hanya engkau mewarnai hatiku...

*SIGADISRUMAHKEDAI