PeLaNgGaNsiPeNgHuNi

Wednesday, 24 October 2012

frasa 'K'....persepsi...

Assalamualaikum,...

Si gadis berbunga hati pabila berkata tentangnya...
Si jejaka tampak keterujaannya pabila mendengar tentangnya...
Ada yang tersipu malu...
Ada yang tidak sabar menunggu...
Frasa 'K' yang kadang kala mengubah persepsi jelek menjadi realiti romantis....
Tidak semua rasakan yang sama...
Tidak semua mahukan yang serupa....
Tidak semua kecapi apa yang diimpi...
Tidak semua bermimpi di awangan....

Berpaksikan realiti...
Frasa 'K' yang keramat tidak seindah dikhabar....
Suatu tahap kematangan yang tinggi diperlukan untuk mencapai frasa 'K'...
Ketidakmatangan bakal memusnahkan yang namanya keindahan...
Persediaan mental dan fizikal perlu seiring dengan nawaitu dihati...
Jika tidak, sia-sia runtuh apa yang dibina....
Kesemuanya harus datang dari dua belah pihak...
Sebelah pihak tidak mampu melakukan segalanya...
Allah ciptakan kaki dan tangan berpasangan....
Telinga dan mata berpasangan...
Agar keduanya dapat bekerja bersama...
Tidak lengkap jika hanya satu...
Bukanlah pasangan namanya...

Kemanisan dan romantisnya frasa 'K' kadang hanya dilihat dan dapat dimaginasikan lewat novel...
Pabila berpijak di bumi nyata, yang dilihat tidaklah seperti diimaginasi...
Saat bercinta berpisah itu seperti DOSA...

Realiti romantis nescaya tidak berada di awangan jika di landasan yang benar...
Cinta suci bakal lebih manis jika Islam itu paksinya...
Nawaitu yang bukan berlandaskan nafsu semata catalyst bahagia
Komitmen bukan beban tapi amanah...

Ubah persepsi aku....
Ubah pendirian aku....
Tentang istimewanya frasa 'K'...
Dalam hidup aku....

Frasa 'K' stand for KAHWIN.....=)

*sigadisrumahkedai*






Wednesday, 17 October 2012

freak but enticing...

Assalamualaikum....

Ku lalui suatu malam yang penuh dengan persepsi...apabila seorang penghidap INSOMNIA TAHAP KRONIK menghulurkan salam perbualan. Perbualan bermula tentang diri masing-masing yang kian meningkat remaja...kisah demi kisah terungkap....dengan rela hati kisah diri diungkap...bukan paksaan. Pengalaman hidup yang baru mencecah 20 tahun menjadikan siapa DIA hari ini.....mempunyai keperibadian yang tersendiri menyebabkan persepsinya terhadap hubungan berbeza dengan orang laen. Malam yang penuh dengan kedemokrasian berpersepsi membuatkan kami banyak berkongsi.

Kerancakan perbualan mula menunjukkan kami mula mengenali walau pada hakikatnya kami sudah mengenali antara satu sama lain hampir 10 tahun. Seakan baru berkenalan, tabiat aneh dalam diri kian menonjol....kami serupa...hahaha. Tika dinihari mula menjengah, satu permainan diwujudkannya bagi mencabar diri sekaligus mengisi senggangya waktu...

Permainan dimulakan olehnya....

dia entah siapa2,
muncul tak kuseru,
datang tak kuminta,
dengan sesenangnya memanggil makhluk aneh.

mengaku teman ketika kecil,
katanya aku yang terawal dalam misi,
langsung tak ku peduli,

kerna di bawah awan dinihari,
dia teman ketika kecil yang sangat kusenangi."

My turn.....

" hadirnya kadang tak terduga..
sentiasa tepat pada masa..
seperti tahu apa yang ku rasa..
sentiasa ada tiap ketika..

teman yang dulu seperti tak dianggap kini penghias senggangku..
lama terpisah terserlah matangnya fikiran..
ranjau hidup diredah dengan hati waja..
semakin lama,semakinku mengenalinya.."

Turn dia.....

" biarkan semalam tinggal sepi,
biarkan realiti menjadi mimpi,
kerna rahsia yang tersembunyi,
tetap tersingkap bila tiba hari,

malam yang pekat gelap,
menyanyi lagu senandung mimpi,
biarkan malam terus pergi,
dengan aksara lagu kami, "

My turn......

" bukan mudah untuk memahami..
bukan senang untuk mendalami..
hati yang berkecamuk..
hati yang terguris..
hati yang terhiris..
namun,mentaliti yang hampir serupa memudahkan segalanya.

dia aneh...dia unik..
tiada siapa sepertinya..
sentiasa mencari siapa yang memahaminya..
sentiasa cuba untuk memahami temannya..

kita bertemu tika dinihari..
org lain sedang lena diulit mimpi..
kita dengan pelbagai persepsi..
tentang itu dan ini..."

Turn dia.....

" dulu lagi sudah ku cari,
dari satu hujung,
ke hujung yang lain,

boneka, peluru, dan senda mereka hampir membunuhku,
bagai keris usang di sisip pinggang panglima silam, 
malam muncul menyelamatku,

bagai bulan di atas kota kecilku,
malam selamatkan aku sekali lagi,
memunculkan yang selami ini ku cari, "

My turn......

" tika unggas berlagu sepi..
malam kelam tiada rembulan..
angin malam menyapa lembut..
damai terasa hati nan lara..

pengalaman membezakan persepsi..
sedar fantasi tidak bisa menggapai realiti..
mimpi indah diulit sepi..
tika hati disapa rasa misteri..

kadang sentiasa dalam dunia sendiri..
dunia yang tercipta dihias dengan pelbagai adegan..
dunianya tiada siapa bisa ceroboh..
tiada siapa bisa dalami..
hanya yang teristimewa dijemput hadir..."

Turn dia......

" kalau aneh itu emas,
kalau unik itu intan,
maka aku manusia paling beruntung,
pakaiku putera rupawan,
senyumku tewas perawan,

dunia bukan sebuah puisi,
bulan, bintang muncul cuma penyeri,
penyedap bunyi biar leleh hati permaisuri,

kalau kau sedar kawanku,
kau sebenarnya sendiri,
mungkin hari ini aku disini,
esok lusa, tak siapa pernah peduli...."

My turn......

" aku bukanlah seorang psychologist yang merawat hati..
aku hanya ingin memahami..
aku hanya ingin menyelami..
jiwa yang kurasakan unik..
menarik aku untuk mendekatkan diri..

jangan pernah takut dengan bayang2 sendiri..
jangan pernah menghindar dari yang namanya realiti..
kau sendiri punya rasa hati..
fikiran yang sungguh luar biasa yang tuhan beri..
gunakanlah sebaiknya untuk diri sendiri..

manusia tidak pernah sendiri kawanku..
akan ada yang sentiasa menemani..
saat kau lemas,ada yang menggapai..
saat kau jatuh,ada yang hulurkan tangan..
penerimaan diri terhadap orang sekeliling jangan cuba dihalang..
terima dengan seadanya saat memerlukan seorang teman..."
smile

Digelar sebagai 'quick poem' ....silih berganti memerah minda membungakan ayat....masing-masing tidak beralah....akhirnya akulah penutup bicara. Suatu kepuasan yang luar biasa terasa kerana melakukan sesuatu yang tidak biasa....malam yang freak but enticing akan sentiasa menjadi memori indah dalam senarai malam-malam yang luar biasa. 

*TERIMA KASIH KAWAN*

*sigadisrumahkedai*

Tuesday, 16 October 2012

renungkanlahh...

"aku x sempurna......
aku bukan malaikat.....
aku bukan insan yang berhati emas....
aku hanya insan biasa yang selalu melakukan kesilapan....
selalu hilaf....insan yang tidak tahu menghargai sebuah persahabatan.... 
namun......tidak bermakna mengaibkan seseorang yang bernama KAWAN menjadi permainanku...
renungkanlahh...
aku bukan insan yang mudah berkawan......
ku mohon kemaafanmu teman.....
walaupun pada hakikatnya aku sendiri tidak tahu pokok pangkal masalah yang kau ciptakan sendiri...
kuatkanlah hatimu kawan......pupuklahh rasa empati dalam diri....
jangan terlalu optimis dan sempit pemikiran....
jangan terlalu mengharapkan yang terbaik jika diri bukan yang terbaik....
tak salah ingin jadi yang terbaik.....
tapi biarlahh kena dengan caranya....
jangan biarkan matlamatmu itu menjejaskan hubunganmu dengan orang di sekeliling...
jika ingin dipuji, berpelakuanlah seperti orang yang sepatutnya dipuji...
jika tidak ingin dicaci...janganlah berpelakuan seperti orang yang sepatutunya dicaci...
sesuaikan dirimu dengan situasi dan tempat...
jangan sampai orang yang bodoh mengatakan kau bodoh....
pekalah dengan keadaan sekelilingmu wahai teman...
prihatin dengan perasaan insan yang ada di sekelilingmu....
bersifat realistik....
nescaya dirimu akan di senangi....
alam akan sentiasa tersenyum untukmu.....yang bernafas akan menyanjungmu....
tidak rugi......
siapkan dirimu dengan rapi....
di sini hanya peperangan melawan si kuman...
di luar nanti......si garuda kau hadapi......yang banyaknya berganda dari kuman..."


*sigadisrumahkedai*

Monday, 15 October 2012

coretan tanpa tinta...

di sini......aku meluahkan segala rasa hati....
yang terbuku....yang tersirat.....
aku suratkan di sini.....
ini zaman EMEL....bukan lagi zaman POSMEN....
tiada lagi dakwat digunakan untuk menyampaikan rasa hati....
KLIK!! yang di sana sudah tahu apa yang di rasa....
tidak perlu bersua muka....sudah sampai hasrat di hati....
hanya sesaat dua...bukan lagi sebulan dua....


di sini......aku berkongsi duka...tawa....air mata....
yang terpendam dapat diluah....
resah menghimpit hati.....menyesakkan dada...
kadangkala...maklumat dari otak ditolak hati ke kelopak mata....
apa yang dirasa, dizahirkan oleh mata....
berjuraian.....
sambil mengadu pada YANG SATU.....
aahhhhh......kering sudah....
lapangnya dada...tenangnya hati....


ohh , hati......
tahukah kau betapa kuatnya kau pada hakikatnyaa??
menahan panahan tajam kata2 yang dilontarkan....
walaupun kadangkala tembus jua hingga ke seluruh pelusuk hati....
tapi.....kau ubati sendiri luka itu....
kau hiburkan sendiri duka itu.....
adakah kau keseorangan wahai hati??
tiada siapa yang menemani??
TIDAKK!!!
sesungguhnya , kau tidak keseorangan.....
ada yang menemani.....

*sigadisrumahkedai*

yang terbuku...


apa yang terbuku tak semestinya akan terluah...
yang terbuku selalunya akan sentiasa tersimpan rapi...
namun , yang terbuku itu akan menjadi barah dalam diri..
jika tak pernah dimuntahkan keluar. 

tubuh tak akan berfungsi dengan baik...
sistem dalam tubuh kian tak berentetan....
organ-organ menjadi keliru dengan proses yang tidak seperti biasanya..
apa yang telah terjadi??

tekanan...
suatu konflik yang berlaku dalam diri diluar sedar....
tekanan kau sehebat apa?
hinggakan kau fikir kami langsung tidak memahami....
kamikah punca??
TIDAKKK.....
diri sendiri punca....

luaran....
aku mungkin kelihatan tidak kisah.....
namun...
siapa tahu apa yang di dalam??
EGO...
ego kau terlalu tinggi!!!
tak pernah mengaku silap!!
susah ungkapkan kata maaf!!
mungkin kata-kata maaf akan buatkan kau dipandang rendah!!
mungkin mengakui kesalahan akan buatkan kau hilang maruah!!
aku.....
hanya menahan rasa sakit hati..
bukan dengan kata-kata kau...
bukan dengan tindak-tanduk kau....
hanya kau bolehh merubah kau....
satu hari nanti , kau akan rasa apa yang kami rasa....

~kejayaan kau akan tawar jika kau berjaya atas kesakitan orang lain~

*sigadisrumahkedai*

Tuesday, 9 October 2012

sukarnya mencari KAWAN yang bernama SAHABAT....

Assalamualaikum....

Bukan mudah untuk naik pangkat menjadi sahabat....banyak yang perlu dilalui....banyak yang perlu ditempuhi....banyak masa yang perlu dikorbankan....mental dan fizikal harus selari kekuatannya...menghadapi karenah seseorang bukannya mudah....bertahan dengan kata-kata yang tajam umpama pedang juga memerlukan kekuatan yang luar biasa kerana manusia selalunya tidak sedar akan kata-kata yang dihamburkan. Bukan salah mereka....setiap manusia punya kelemahan....itu cabaran yang perlukan kekuatan mental bagi menghadapinya.



Masih ingat sewaktu kita kecil?? Dalam masa tidak sampai 5 minit, kita sudah mencipta satu hubungan dengan seseorang....mudah kan? tanpa memikirkan latar belakangnya, personalitinya....sewaktu kecil, hati kita masih bersih....jauh dari prasangka buruk terhadap orang...namun apabila sudah mencapai umur yang sepatutnya, masing-masing punya mentaliti, personaliti, dan penilaian yang tersendiri....kawan...teman...perlu punya kriteria yang ditetapkan....TETAPI sahabat?? cukup sekadar terima kita seadanya...buruk kita bukan masalah baginya...baik kita kelebihan buatnya.....berkongsi susah dan menumpang senang...merekalah sahabat. Tiada istilah 'KAWAN LAMA'....'KAWAN BARU'....hubungan itu tidak boleh di'renew'....tempoh hubungan itu ialah selamanya.





Aku bukanlah kawan yang baik....namun sangat bersyukur kerana masih terdapat hamba Allah yang sudi mengakuiku SAHABAT....sangat susah mencari sahabat....dan sangat susah mencipta satu hubungan persahabatan yang laen apabila terpisah dengan sahabat-sahabat sedia ada. Kekuatan mental sangat diperlukan...apabila diri dilanda dilemma kerana kini berada dalam satu komuniti yang lebih besar dan luas berbanding dahulu. Diri terasa kerdil...lemah...ramai yang mengambil kesempatan atas persepsi awal yang ditunjukkan....tiada usaha sedikit pun untuk lebih mengenali....mereka hidup dalam lingkungan mereka sendiri...punya 'standard' tersendiri. Terasa diri tidak selesa menjadi diri sendiri.....seperti dipaksa menjadi hipokrit....palsu! Namun....Allah itu maha adil.....sedar bahawa diri bagai terpesong menjadi orang lain....DIA kurniakan mereka yang memahami....mereka yang rendah diri....ALHAMDULILLAH.....terima kasih Ya Allah....sahabat yang sedia ada tetap di hati....kerana mereka tidak pernah pergi....sentiasa ada apabila diperlukan. TERIMA KASIH SAHABAT....












*sigadisrumahkedai*