PeLaNgGaNsiPeNgHuNi

Saturday, 4 October 2014

-UP-

Manisnya mulutmu pabila bicara...
Tentang indahnya Islam...
Tentang indahnya akhlak Rasulullah...
Tentang indahnya menutup aurat...

Merdunya wadahmu pabila mengalunkan kalamNya...
Gemersiknya hingga ramai terpaku dan terkaku dek keindahan bacaanmu...
Ilmu yang kau punya ramai yang tak punya...
Mereka memandang tinggi padamu dek kerana itu...

Kau pernah dekat...
Kau pernah sayang...
Kau pernah berjanji...
Kau yang bermulut manis...

Aku...
Pernah dulu terbuai...
Pernah dulu kagum...
Pernah dulu hormat...

Niatmu suci...
Untuk menarik kami dekat denganNya...
Agungkan cinta kepadaNya daripada kepadanya...
Sediakan saham Di Sana nanti...

Namun...

Maksudkanlah semua kata-katamu...
Kuatkanlah hatimu...
Mungkin kami hanya ujian untuk insan terpilih sepertimu...
Atau mungkin kau hanya ujian untuk kami yang tipis imannya...

Lakukanlah seperti yang diucap...
Hanya dengan seseorang...
Berdakwahlah secara lurus...
Nescaya kau pasti berjaya...

Antara kita tiada yang salah...
Antara kita terjalin persahabatan yang indah...
Jika tidak dicemari 'rasa' itu...
Kau pasti salah seorang kesayanganku...

Terima Kasih untuk segala-galanya...

 -NNS0502-

Sunday, 16 February 2014

Kerana Sepotong Ayat

kerana sepotong ayat
menggigil seluruh tubuhku.

kerana sepotong ayat
pipiku dibasahi penyesalan.

kerana sepotong ayat
hatiku bergetar hebat.

kerana sepotong ayat
niat itu bisa aku laksanakan.

kerana sepotong ayat
yang lama terpendam dapatku zahirkan.

kerana sepotong ayat
ku berjumpa 'malaikat' dunia.

kerana sepotong ayat
kutemukan jalanku. 

kerana sepotong ayat.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) : Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami telah yakin.




-NNS0502-